Perjuangan dua insan yang berbeza umur. Cikgu Idayu, cuba merungkai masalah pembelajaran Imran, murid baru kelas Pendidikan Khas. Payah untuk Imran menyesuaikan diri. Dia sering berecholalia ketika bercakap. Dia sering berasa kecewa, kerana apa yang hendak disampaikan tidak terluahkan. Maka, mengamok adalah salah satu cara Imran mengeluarkan energi kekecewanya.